mencari segalanya :)

Thursday, December 20, 2012

anak luar nikah. dibuang atau dibelai ?

dek kerana boring harini taktahu nak buat apa. aku teringin nak post something yg agaknye mampu memberi wake up call untuk semua orang.
thanks to Muhammad Fadhli Bin Amri sebab bagi ilham kat aku untuk tulis bende ni ;)

kita selalu tengok tv , kalau perempuan tu kene raped & mengandung anak luar nikah . . masyarakat akan pandang serong kat this perempuan & kita sebagai masyarakat bukan nak tolong . . lagi nak downkan dia . tp bila dia buang anak dia , mula laa nak buat statement "buat pandai , binatang lagi pandai jaga anak"

there's something that catch my eyes antara Muslim & Non-Muslim ni. kalau Islam , kene raped & mengandung , family buang anak , mak tak mengaku anak , bapak halau anak, kawan buat tak kenal , hidup merempat , end up baby tu jadi mangsa keadaan kene buang , bakar & etc.
tp for the Non-Muslim , bila dia dah mengandung anak luar nikah .. parents diaorg takpernah nak buang anak tu but fortunately , parents diaorg akan jaga baby tu with full of love.

lets put our thinking cap laa kan, kita hidup berpandukan Noble al-Quran , Hadis & Sunnah tp kenapa perlakuan kita mcm orang jahiliah.

zaman firaun , anak lelaki di tanam hidup hidup.
zaman arab jahiliah , anak perempuan di tanam hidup hidup.
zaman jahiliah moden , baik lelaki atau perempuan , dua dua kene bakar , kene buang kat tong sampah, kene campak drpd bangunan tinggi . yg ada iman & taqwa , letak baby tu kat tangga surau dengan baju & some money for the baby. 

kita malu atas perbuatan terkutuk tp kenapa baby tu yg jadi mangsa keadaan ? hadirnya baby tu dalam rahim seorang wanita atas kesalahan mak & bapak baby tu sebab terlalu ikutkan hawa nafsu. andai baby tu dapat berkata , mesti kita akan rasa sedih sebab buat baby tu mcm tu.

Rasulullah SAW pernah berkata : membelai seorang anak merupakan satu ibadah.

Ya Allah , ampunkanlah hamba hambaMu yang lalai kerana malas untuk meramas kitabMu.
membelai seorang anak kecil , memeluk , mencium , menyayangi, memberi makanan & minuman . itu adalah ibadah. itu adalah pahala untuk kita. pahala untuk akhirat nanti.

tapi people nowadays. menganggap anak luar nikah sebagai satu bende yg menjijikkan. baby tu takde dosa sikit pun . bahkan dia lebih suci drpd orang yg mengatanya & andai dia mati sebelum akil baligh , syurga lah tempatnya. yg berdosanya parents dia. kenapa baby tu yg menjadi mangsa keadaan ?

kita lalai dengan duniawi sampaikan kita lupa psl ukhrawi sedangkan kita sedar bahawa ukhrawi itu alam yg kekal. semua orang tahu , Islam akan masuk ke syurga. memang laa masok ke syurga tp sebelum syurga tu , neraka laa tempat persinggahan kita dulu. jangan terlalu bangga kalau kita lahir sebagai seorang Islam sebab belum tentu Syurga tu milik kita. kita memandang hina pada orang orang yang melahirkan anak luar nikah , kita pandang hina kat anak luar nikah tp sebenarnya kita ni lebih hina di sisi Allah SWT .

ASTAGHFIRULLAHALAZIM . NAUZUBILLAHIMINZALIK . 

"jangan padang orang yang baik seolah olah dia akan masuk ke syurga & jangan lah kita pandang orang yang jahat seolah olah mereka akan masok ke neraka."

mohon maaf andai terasa. bukan sengaja aku nak membezakan antara muslim & non-muslim tp andai non-muslim tu buat perkara baik . . why not kita follow ? melakukan perkara yg baik walaupun sekecil biji sawi pon , tetap akan dapat pahala & melakukan perkara yang tidak baik tetap akan mendapat dosa. 

wallahualam , ini sekadar peringatan kepada kita semua. buat baik berpada pada tp jangan lah sesekali kita berbuat jahat. kita hanya  manusia biase yg tak lari drpd kesilapan & memang Allah jadikan kita tak perfect supaya kita selalu bergantung harap pada Nya kerana itulah tandanya kita seorang hamba pada yang Maha Esa :) 

seribu penghargaan kepada awak ^^ terimakasih.

No comments:

Post a Comment