Syawal muncul menggantikan tempat Ramadhan di dalam hati setiap MUSLIM ,
begitu juga dengan AshPutera bersama anak angkatnya Khairunnisa' FarraSofieyyea yg lebih dikenali sebagai Arafi.
Ash tidak berkahwin kerana saket bila mengenangkan kisahkisah cintanya yg dulu , namun kehadiran Arafi di dalam hidupnya sedikit sebanyak telah mengubat hatinya yg luka dulu.
Inilah tahun pertama Arafi beraya bersama bersama seorang lelaki yg tidak mempunyai ape ape kaitan bersamanya yg dipanggil 'PAPA' .
Arafi ; PAPA , tahun ni kite na pakai baju warne ape ? (memanjat untuk duduk atas pangku papa)
Papa ; tahun ni , papa ingat na beli baju colour violet , anak papa suke ta colour violet ?
Arafi ; sukesuke ! colour violet tu kan favorite papa . Bila nak pegi beli , arafi da tak sabar lha papa !
Papa ; hmm , oke . besok , lepas zohor kita keluar rumah .
Arafi ; oke , janji ?
Papa ; ye sayang , papa janji !
Arafi ; ARAFI SAYANG PAPA , MUUAHH ! (peluk papa ,)
Papa ; papa pun sayangkan anak papa ,
gembiranya hati si kecil bila dapat keluar bersama Papa untuk beli baju raya , Ash seronok melihat anak perempuannya sebok mengacu baju kurung berwarna violet ;) Arafi beli 2 pasang baju kurung , kasut baru & beberapa sepit rambut untuk diperagakan di pagi syawal naty.
Arafi ; papa , baju arafi semua da ade tp baju papa takde .
Papa ; takpe ;) Papa pakai baju 2 tahun lepas . baju tu pun wane violet jugak.
Arafi ; (merajuk & peluk tubuh) huh ! taknak , Arafi nak Papa beli baju baru jugak tahun ni !
Papa ; alaa , mrajuk pulak anak Papa yg comel ni . Arafi , baju tu oke lagi :) tak lha membazir.
Arafi ; um , kalau Papa taknak beli baju baru , Arafi taknak pakai baju tu !
Papa ; lhaa , kenapa pulak ? buat penat jea Papa beli untuk Arafi.
Arafi ; kalau Papa nak tgk Arafi pakai baju tu semua , Papa kene beli baju melayu jugak ! (tutup muke dengan bantal)
Papa ; alala , merajuk pulak anak papa yg comel ni . yea sayang , kita pergi cari baju melayu untuk papa pulak tp ade syarat .
Arafi ; ape syarat papa ?
Papa ; Arafi kene tlg pilihkan baju melayu, sampin & songkok untuk Papa , bole ?
Arafi ; SET ! hehe (arafi ketawa riang bile diusik oleh Papanya)
walaupun Arafi berusia 5 tahun , namun dia seorang gadis yg sangat cerewet dalam memilihkan pakaian.
setelah hampir 7 buah kedai yg mereka masok , akhirnya selesai juga tugas Arafi dalam memilih baju melayu , songkok & sampin buat Papanya .
Hari hari yg mereka nantikan , akhirnya tiba jua.
Jam menunjukkan pukul 6.15 ketika Papa terjaga. Tenang hati Papa melihat Arafi tidur nyenyak disebelahnya. Papa menyelak rambut yg menutupi muka Arafi dan mencium dahi Arafi.
PAPA ; assalamualaikum sayangg , morning . selamat hari raya buat anak Papa yg comel ni . maafkan segala kesalahan & kesilapan Papa dalam membesarkan Arafi .
Arafi ; (mengeliat & pandang Papa dengan mata yg sayu) . waalaikumsalam , morning Papa . selamat hari rayaa maaf zahir & batin , Arafi juga menta maaf kalau Arafi pena buat papa saket hati Papa . thankyou sbb Papa tlg jagekan Arafi . Arafi sayang Papa ASHPUTERA !
Papa ; Papa tetap papa Arafi sampai bile bile ! Arafi baring dulu yea Papa nak pergi mandi kejap.
Arafi sambung tidur sementara menunggu Papa bersiap . Papa mengejutkan Arafi untuk bangun dan bersiap .
Setelah siap solat subuh , papa bersiap & Arafi juga melakukan bende yg sama . Papa memakaikan baju kurung pada tubuh kecik Arafi , Papa juga lha yg mengenakan bedak pada muka Arafi & Papa juga lha yg menyikat & memakaikan sepit di rambut Arafi yg panjangnya parat bahu itu. Setelah siap , Papa mencium dahi Arafi dengan penuh kasih sayang. Arafi membalas ciuman Papanya dengan memeluk & memcium pipi Papa. Di luar bilik AshPutera , keadaan riuh rendah dengan suara adek bradik AshPutera & juga anak buah mereka yg sebok menayangkan baju raya baru mereka . Papa mendukung Arafi dan menuju ke ruang tamu. Setelah selesai bersalaman untuk memohon ampun & maaf & masing masing menerima duet raya , mereka beralih ke meja makan yg siap terhidang pelbagai jenis makanan antranya lemang , rendang & ketupat .
AshPutera menyuapkan lemang ke dalam mulut Arafi dengan penuh berhati hati agar tidak mengotorkan baju anaknya . Selesai makan , mereka bergegas ke masjid yg terdekat untuk menunaikan solat sunat aidilfitri , Arafi mengikut Eyang (bahasa indo ; nenek) , aunty dan sedara maranya yang laen ke tempat muslimah manakala AshPutera pula membawa anak buah lelakinya ke tempat muslimat .
Setelah habes solat sunat aidilfitri , mereka semua pulang ke rumah untuk menyambut kedatangan tetamu yg bakal tiba tidak lama lagi. Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari . AshPutera bersiap untuk keluar ke rumah Sarihanazawa. Hana adalah seorang gadis yg pernah bertakhta di dalam hatinya , namun apakan daya . takdir tidak menyebelahi mereka.
Arafi ; Tadi Papa buka samping tp kenapa Papa pakai balek ? Papa na pergi mana ? Arafi na ikut buleh ?
Papa ; Papa nak pergi rumah kaka hana, sayang. Takperlulah . Arafi duduk sini dengan Eyang oke.
Arafi ; TAKNAK ! Arafi nak ikut Papa , Arafi taknak duduk rumah dengan Eyang , Arafi nak ikut.
Papa ; Takperlu lah sayang . Papa pergi kejap je , Papa nak pergi hantar barang kat rumah kaka Hana . kejap jea sayang .
Papa meninggalkan Arafi yg sedang menangis di muka pintu. Arafi menangis, menjerit memanggil Papa namun Papa buat tidak endah dengan jeritan anaknya. Sayu hati seorang ayah melihat anaknya menangis hingga terbatuk batuk tp Papa tetap mengeraskan hatinya untuk mengajak Arafi ikut sekali. Hampir 30 minute dalam kereta , AshPutera sampai ke ruma Sarihanazawa. Setelah selesai makan & berbual bersama kedua ibu bapa Hana , akhirnya AshPutera meminta izin untuk pulang kerana risaukan keadaan anaknya di rumah .
AshPutera ; ibu , ayah , Hana . sebelum tu , Ash mohon ampun & maaf atas semua salah silap yg pernah Ash lakukan sama ada sengaja atau tidak. mungkin raya tahun ni , adalah raya pertama & raya terakhir Ash beraya bersama ibu , ayah & Hana . Ash menta diri dulu . assalamualaikum .
Ibu ; Waalaikumsalam. yewlaa Ash , ibu pun na menta maaf kat kamu kalau selama ni keluarga ibu dan Hana perna tersakitkan hati kamu sama ada sengaja atau pun tidak. Ibu da lama maafkan kamu. Kamu jangan risau.
Hana ; Hana pun sama , Hana da lame maafkan Ash & Hana pun na menta maaf sbb slama ni Hana slalu saketkan hati Ash , ape yg lepas tu , biarkan lha lepas . terimalha semuanya dengan hati yg terbuka.
AshPutera ; baeklha . Ibu , Ayah , Hana , Ash pulang dulu. .
AshPutera masuk ke dalam kereta dengan hati yg gembira kerana dapat beraya dengan Hana dan keluarganya walaupun dalam masa yg telalu singkat.
Arafi , anak papa . Papa da nak balik ni . Bila papa sampai rumah , first thing . PAPA NAK PELUK ANAK PAPA !
detik AshPutera di dalam hatinya . Gembira tidak terhingga . Berbeza pula dengan situasi di rumah. Arafi yg tadi menanges sekarang sudah tidur lena di dalam bilik Papa , muken juga skg ni Arafi sedang dibuai mimpi yg indah di alam fantasinya . Namun , setelah 2 jam Arafi tidur , tibatiba , Eyang di kejutkan dengan jeritan Arafi memanggil PAPA . Arafi mula menanges dan memanggil Papanya .
Arafi ; Arafi sayang Papa , Papa jangan pergi ! Arafi nak ikut Papa , Papa jangan tinggalkan Arafi, Papa jangan pergi, Arafi sayang Papa sangatsangat, Arafi nak ikut Papa . PAPAAA !
anak kecil itu menanges sambil mengulangkan ayat ayat itu sehingga dia hampir kehilangan suaranya. Di saat Eyang cube memujuk Arafi , Eyang di kejutkan dengan lagi satu berita yg sangat menyayat hati. Eyang memeluk Arafi dengan erat ! Eyang menangis kesedihan. Eyang tidak menyangka bahawa kata kata Arafi itu membawa maksud yg sangat mendalam . YA ALLAH , kenapa semua ini harus berlaku pada anak kecil ini , detik hati Eyang dengan sayu. Walaupun Eyang sedih namun Eyang mengumpul kekuatan untuk memujuk Arafi . setiap air mata Arafi yg mengalir membuatkan Eyang bertambah lemah.
Berita akan pemergian AshPutera telah mengejutkan semua orang yg berada dirumah itu termasuk anak kecilnya . Mereka tidak berkata banyak , Aili Hilman memasuki kereta bersama isteri dan anaknya lelakinya , tidak lupa jugak Eyang & Arafi. Kereta Aili Hilman memecut laju di jalan raya agar cepat sampai ke hospital dimana AshPutera telah dihantar. Semasa di dalam kereta , Arafi tidak berhenti menanges memanggil Papa hinggakan hilang suara si anak kecil itu.
Pabila sampai di hospital , mereka bergegas mencari doctor yg menguruskan AshPutera .
Aili Hilmah ; Doctor , mcm mane dengan adek saya . mcm mane adek saya bole accident ?
Doctor ; Maafkan kami tp kami tidak sempat menyelamat nyawa adek anda. Dia telah mati di tempat kejadian, di simpang empat susur keluar ke mantin. Mengikut kata saksi , adek anda di rempuh oleh sebuah treler yg membawa hampir 130 km/j & kami merasakan adek anda tidak perasan akan treler yg datang kerana simpang empat itu agak telindung. Kereta adek anda di rempuh dan akibat pemandu treler itu tidak dapat mengawal treler . kenderaan panjang itu terbalik ke dalam sebuah parit dan kereta adek anda tersepit di situ.
Berita itu telah menyebabkan badan Eyang menjadi lemah & hampir pengsan. Arafi pula tidak berhenti menjerit Papa , tidak tertahan air mata Arafi pabila mendengar cerita mengenai Papanya .
Namun apakan daya , Allah SWT lebih menyayangi Papa. Aili Hilman yg mengalirkan air mata mampu menenangkan hati ibunya dan isteri Aili Hilman pula cube memujuk Arafi.
Mereka tuntut badan AshPutera untuk dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran dengan rumah mereka. Pihak hospital telah siap memandikan dan mengafakan AshPutera. Setelah selesai menyembahyangkan jenazah itu , ia di bawa ke tanah perkuburan Islam berhampiran di rumah mereka.
Melihat Papanya di tanam , Arafi mula mengalirkan air matanya. setelah semuanya selesai & mereka ketika ingin pulang , Eyang memimpin tangan Arafi dan berjalan kearah kereta Aili Hilman. Namun , Arafi melepaskan genggaman tangan Eyang dan belari ke pusara Papanya dan mula untuk menggali semula kubur Papa dengan tangan kecil kepunyaannya.
Arafi ; PAPA , Arafi nak ikut Papa . kenapa Papa tinggalkan Arafi , Papa tak sayangkan Arafi ke ? Papa , Arafi na ikut Papa , Arafi sayang Papa sangatsangat . PAPA DENGAR TAK ARAFI CAKAP APE ? PAPA , Arafi nak ikut Papa.
Aili Hilman pergi ke arah Arafi yg sedang menggali tanah dan memeluk anak kecil itu .
Aili Hilman ; Arafi , takelok buat mcm ni sayang . Papa da pergi. Allah lebih sayangkan Papa. Arafi sayang Papa kan ? Kalau Arafi sayangkan Papa , Arafi takbole buat Papa mcm ni , naty Papa sedih. Arafi kene banyak doakan untuk Papa supaya Papa senang kat sana.
Arafi ; TAK ! Arafi nak ikut papa ! Arafi nak ikut Papa , Arafi nak jaga Papa ! Arafi nak Papa AshPutera , Arafi na Papa Arafi balek ! PAPAAA !! Papa jahat ! Papa dah janji , Papa takkan tinggalkan Arafi ! PAPAA JAHATTT ! ARAFI NA PAPA , ARAFI TAKNAK ORANG LAEN ! ARAFI NAK PAPA SORANG JEA ! ARAFI NAK PAPA ASHPUTERA !!
Aili Hilman ; Arafi sayangg , Arafi boleh jage Papa tp bukan dengan cara mcm ni sayang . Arafi kene banyakkan doa untuk Papa. Papa takpena tinggalkan Arafi , Papa sentiasa ada dengan Arafi , dalam hati Arafi .
Aili Hilman tidak berkata banyak , dengan membiarkan Arafi menanges , Aili Hilman mendukung Arafi na meletakkan Arafi di atas pangkuan Eyang. Aili Hilman tahu , sekarang Arafi maseh terkejut & InshaAllah , Arafi mampu menerimanya naty.
Sejak pemergian Papanya , Arafi berubah menjadi seorang anak kecil yg pendiam. Tidak mahu bercampur dengan orang laen. Sedih hati Eyang melihat Arafi berubah hingga begitu sekali. Kuat sungguh impak pemergian Papa di atas kehidupan Arafi. Tiap kali Aidilfitri tiba , Arafi hanya menghabiskan masanya dari pagi hingga petang , di Tanah Perkuburan Islam tempat Papanya di semadikan. Kubur Papanya menjadi tempat permainan Arafi , di situ lha Arafi mampu tergelak , Arafi mampu tersenyum riang.
Namun , setelah tahun demi tahun berlalu , Arafi suda dapat menerima kenyataan akan ketiadaan Papanya yg tercinta . .
PAPA , Arafi sayang papa sangatsangat , Papa lha satu satunya papa yg Arafi ade . Takkan ade orang yg laen mampu menggantikan tempat Papa di dalam hati Arafi. Arafi rindu Papa sangatsangat. Papa , Arafi dapat sambung blajar ke Mesir , University Al-Azhar. Papa , lepas ni Arafi dah takbole datang sini selalu tp Arafi janji , Arafi akan selalu ingat Papa. Arafi sayang sgtsgt kat Papa. Papa ASHPUTERA adalah Papa Arafi buat selama-lamanya. Papa , Arafi pergi dulu. Berat hati Arafi nak tinggalkan Papa sorangsorang kat sini tp Arafi kene pergi jugak. Fligt Arafi pukul 8 malam naty. PAPA , terima kasih sebab papa ambek Arafi dari rumah anak yatim waktu Arafi 4 tahun dulu. PAPA , terima kasih sebab papa dah jage Arafi , walaupun sekejap . PAPA , terima kasih sebab papa mencurahkan sepenuh kasih sayang kat Arafi. PAPA , Arafi menta maaf sbb papa tak pernah berkahwin , Arafi menta maaf sbb papa takpernah merasa mempunyai zuriat dari darah daging papa sndri . PAPA , walau apepun yg terjadi , Papa tetap papa Arafi & Arafi tetap Arafi papa , satusatunya anak papa.
Arafi sayang papa , Arafi pergi dulu Papa , ASSALAMUALAIKUM PAPA ASHPUTERA !
Arafi menamatkan kata-katanya dengan iringan surah Al-fatihah untuk Papanya yg tercinta. Moga moga Papa ditempatkan di tempat tempat orang yg beriman.
HEY READERS !
cerita ni dinie adaptasikan dari mimpi seseorang ,
& cerita ni dinie terbitkan khas untuk AIDILFITRI yg akan datang tidak lama lagi ;)
untuk AIDILFITRI kali ni , dinie na menta ampun & maaf andai ada cerita cerita dinie selama ni membuatkan korang terasa hati atau membuatkan korang sket hati
tp itu bukan niat dinie sebenarnya ;)
dinie hanya post ceritecerite cause ini adalah tempat fantasy dinie ;)
so pape pon , HAPPY EID MUBARAK TO ALL OF YOU !
have a safe journey to ur hometown ,
drive carefully .
ASSALAMUALAIKUM ,
salam EID MUBARAK ,
No comments:
Post a Comment